Thursday 11 January 2018

Perjumpaan AJK Pusat Islam Bersama Pengarah PTSS

Perjumpaan  AJK Pusat Islam bersama Pengarah.

Perjumpaan AJK Pusat Islam dengan Pengarah telah diadakan pada hari Jumaat 15 Dis 2017 Jam 10.00 pagi adalah bertujuan membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2018. Beberapa cadangan telah diberikan dalam penambahbaikan program mengikut kesesuaian masa dan tempat . Pengarah pada dasarnya bersetuju dengan cadangan yang diberikan dan menambah beberapa aktiviti bagi mengimarahkan Pusat Islam PTSS. Pengarah juga bersetuju  meningkatkan lagi infrastruktur Pusat Islam. Dengan keperihatinan Pengarah dan pihak Pengurusan PTSS pihak AJK Pusat Islam mengucapkan berbanyak ribuan terima kasih.

Aktiviti yang dicadangkan:

1. Kuliah Maghrib
2. Usrah Pelajar Sesmester 1
3. Kuliah Bulanan
4. Kuliah Dhuha
5. Program Jabatan Bersama Pusat Islam
6. Sambutan hari-Hari Kebesaran Islam.